Melalui waktu yang cukup memeritkan ketika melalui fasa pandemik COVID-19 yang lalu, sebahagian peniaga di sekitar pantai Port Dickson sepatutnya mampu menarik nafas lega apabila sektor pelancongan kini dibuka sepenuhnya.<br /><br />Namun ia mungkin mampu menjelmakan peluang yang lebih baik andai kemudahan asas di kawasan itu dinaik taraf selain status peniaga dan penjajanya mampu diberikan lesen atau permit yang sepatutnya.